Kempen Internet Selamat MCMC x NADI

17 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh: 16 Jun 2025 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: SK BEHOR MALI
Anjuran: MCMC dengan kerjasama NADI

Pada 16 July 2025, MCMC dengan kerjasama NADI telah menganjurkan Kempen Internet Selamat bertempat di SK Behor Mali. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar sekolah rendah tentang kepentingan keselamatan dalam talian dan bahaya dunia siber.

Seramai 7 petugas NADI telah terlibat menjayakan program ini, yang disertai oleh 82 pelajar tahun 5. Program ini menggunakan pendekatan interaktif dan pembelajaran praktikal bagi menyampaikan mesej keselamatan digital dengan lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelajar.

Antara isu-isu utama yang dibentangkan termasuklah:
• Pengenalan kepada literasi digital dan had umur penggunaan media sosial
• Kesedaran tentang buli siber dan pengantunan seksual dalam talian
• Risiko menipu umur untuk akses aplikasi serta bahaya dunia siber yang setara dengan dunia nyata
• Kemahiran mengenal pasti jenis platform, fungsi dan risiko penggunaannya
• Cara-cara bertindak balas secara praktikal terhadap ancaman seperti menyekat, melaporkan dan mendapatkan bantuan
• Membangunkan pemikiran kritis tentang penggunaan media sosial di bawah usia 13 tahun
• Mendedahkan saluran pelaporan ancaman dalam talian dan membina sikap positif terhadap aktiviti di luar talian
• Menyedari tanda ketagihan media sosial dan alternatif masa lapang yang lebih produktif

Program ini juga menjadi platform strategik untuk memperkenalkan NADI kepada institusi pendidikan tinggi, sekali gus membuka ruang kerjasama masa depan. Ia turut berjaya mengukuhkan hubungan antara NADI dan komuniti, di samping menonjolkan peranan aktif NADI dalam menyampaikan ilmu serta kemahiran literasi digital kepada masyarakat akar umbi.

Secara keseluruhan, program ini telah mencapai objektifnya dalam menyampaikan mesej keselamatan internet dengan cara yang mesra, efektif dan sesuai dengan tahap pemahaman pelajar sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali